Minat suka membaca perlu disemaikan dalam diri murid-murid sejak mereka kecil lagi. Salah satu inisiatif yang telah diambil ialah untuk mengadakan program membaca.
Setiap minggu, murid-murid akan dibawa ke puerpustakaan dan taman eko secara selang-seli. Dengan membaca, murid-murid dapat memperbaiki penguasaan bahasa mereka.
Murid-murid dibawa ke perpustakaan untuk merapatkan mereka dengan perpustakaan. Dengan harapan mereka akan mula mencintai buku-buku, murid-murid juga diharapkan akan sering ke perpustakaan, sama ada perpustakaan sekolah mahupun perpustakaan nasional.
Selain ke perpustakaan, murid-murid juga diajak ke taman eko di mana mereka dibenarkan membaca snek ringan untuk dimakan. Dengan ini, murid-murid mengetahui yang membaca itu tidak semestinya hanya di perpustakaan, malah di mana sahaja. Piknik Membaca juga dapat menyediakan persekitaran yang santai untuk murid-murid menikmati sesuatu buku. Dan lantas, dapat memupuk minat membaca dalam diri murid-murid.